Showing posts with label Haji 2009. Show all posts
Showing posts with label Haji 2009. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Madinah yg Aman & Tenteram)






Masjid Nabawi


Telah tiba utk kami meneruskan perjalanan..so, on the 14/12/09, we board a bus to Medina utk ziarah..hati bercampur baur sedih kerana terpaksa meninggalkan kaabah yg suci namun gembira kerana dpt ke tempat bersemadinya Rasullullah..







Perjalanan ke Madinah mengambil masa dlm 9 jam..kami memulakan perjalanan ker negeri tempat Rasullullah dimuliakan selepas selesai melakukan tawaf wida di Al-haram..suasana sayu & sebak menyelubungi hati tatkala meninggalkan Baitullah..selama lebih kurang 35 hari di Makkah, hati telah melekat kerana tiap waktu solat & setiap kali melakukan tawaf, Kaabah tersergam di depan mata...aura yg terpancar masuk terus ke dlm jiwa dan minda akan kebesaran Tuhan yg Maha Agung..kiblat umat Islam ini tidak jemu di pandang..tatkala doa wida di baca, air mata tak henti2 mengalir kerana mengenangkan entah ada umur/rezeki utk datang ke tempat yg mulia ini..






Around 5.30pm, kami sudah masuk ke kota Madinah..sebuah kota yg cukup berbeza jika dibandingkan dgn Mekah..di sini keadaannya lebih aman & tenteram, tanpa hiruk pikuk hon dari kereta dan keadaan jalan yg lebih bersih..Kami sampai di hotel ketika azan Maghrib mula berkumandang dari Masjid Nabawi...MasyaAllah, indah nya Masjid nabi..hati rasa tidak sabar utk menjejakkan kaki ke sana..setelah selesai check-in, kami hanya sempat solat Maghrib di perkarangan masjid kerana penuh dgn ribuan jemaah..selesai solat, kami sujud syukur kerana Allah telah mengizinkan kami sampai dgn selamat..hotel kami (Golden Ansar) terletak betul2 bersebelahan dgn pagar masjid dan dari tempat makan di tingkat satu, kami dpt lihat dgn jelas pemandangan masjid yg tersergam indah..sayup mata memandang kubah hijau tempat Rasullullah di makamkan..



Aktiviti kami selama 8 hari di Madinah byk dihabiskan dgn beriktikaf di dlm masjid, menziarahi makam Rasullullah & sahabat serta ziarah Raudhah & tempat2 bersejarah sekitar Madinah spt Jabal Uhud, Ladang Kurma, Perkuburan Baqi, Kilang Quran, Medan Magnet etc...
Cuaca sgt sejuk di sana around 11-15 deg C..pergi solat Zuhur pun masing2 pakai sweater..di tambah dgn keadaan hujan sekejap2..waktu pagi utk Solat Subuh paling mencabar kerana cuaca yg sgt sejuk, angin sejuk bertiup sampai ke tulang hitam..namun di Madinah lebih tenang dan damai di sebabkan situasinya yg lebih aman..polis2 agama kat masjid pun lebih ramah dan kurang garangnya..Wish InsyaAllah, we can come here again in the future...


Di hadapan hotel Golden Ansar










Pintu2 masuk bersalut emas




Gaya, Mutu, Keunggulan..Haji2 bergaya sakan..


Di Bukit Kasih Sayang...




Medan Magnet



Jabal Uhud -tempat Rasullullah berlindung sewaktu cedera dlm Perang Uhud



Tanah Ubat





Masjid Qiblatain




Perkuburan Saidina Hamzah & para Syuhada Uhud - pemandangan dari Bukit Pemanah




Bukit Pemanah



Medan Perang Uhud



Ladang Kurma




Supermarket kat dlm ladang



Masjid Quba




Bergambar pada hari terakhir sebelum berangkat ke airport

Tuesday, January 26, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Jamrah Kubra, Wusta, Sughra)



Mabit di Mina @ Muna (org Arab panggil Muna) adalah salah satu wajib haji..kalau tak buat kena bayar dam..kat sini cabaran utk jadi seorang muslim yang tolerant, sejati teruji..how strong you are in terms of putting others first than youself...especially bab2 ke tandas, bab2 makan, bertolak ansur dlm keadaan sempit di dlm khemah utk 4 malam & berasak2 utk melontar...








Pemandangan dari dlm terowong Muassim

Sampai jer di Mina, dlm 2.30 pagi, kami berehat sementara menunggu utk solat Subuh & melontar Jamrah Kubra..tak sampai 1 jam setelah tiba, tiba2 petugas haji mula memanggil dari khemah ke khemah utk berkumpul beramai2 utk pergi melontar di bawa mutawif bertugas....suasana hiruk pikuk sbb masing2 bergegas nak berkumpul...ring..ring..hubby call dgn suara separuh tidur, bertanya whether nak pergi sekarang ker tak and join the crowd...memandangkan badan yg sgt keletihan dan mata yang baru nak lelap, I told him that we sleep first..lepas Subuh baru kita pergi in a better condition (at least lps mandi & segar skt) tapi without mutawif companion...InsyaAllah, Allah akan beri panduan pada kita..


So, around 8.30am, we all berkumpul and sometime 8.45 am, kami mula bergerak ke terowong Muassim..derap kaki ribuan/jutaan manusia kedengaran..setiap satu kumpulan dgn sepanduk, bendera/banner masing2...rasa seperti nak pergi berperang bila you bergerak bersama kumpulan2 manusia yang besar2 dari seluruh pelusuk dunia...dlm hati, tak henti2 berdoa semoga Allah memudah & menyelamatkan perjalanan kami...



Troops of Indonesian Hajj Pilgrims


Tersergam gah bangunan Jamrah (5 storey building)

Dari jauh you can see jutaan umat manusia berduyun-duyun, menuju ker Jamrah...macam semut...hati rasa cemas bila kami berada dlm terowong kerana ada kumpulan2 yang suka tolak menolak -mungkin mahu cepat sampai..ada juga yg tolerant and memberi jalan namun cuma segelintir..ader kumpulan yang berjalan sambil membawa anak kecil, orang tua dll...hati rasa sebak kadang2 bila memikirkan bagaimana Rasullullah berjalan dlm panas terik merentasi bukit and gunung ganang utk mengerjakan ibadah ini..

Sampai jer ke Jamrah, kami memilih utk ke tingkat satu, masing2 mula menambahkan kelajuan and secara tak langsung kami terpaksa go with the flow...tangan dah mula sedia memegang uncang batu sambil mata tercari tempat utk melontar...manusia mula bertolak/berebut kerana mahu menyudahkan ibadah ini..so, kami memilih utk ke tepi dan assess the situation (ikut pesan kwn2 yg pernah mengerjakan haji)...bila ader kawasan yg clear, kami mula melangkah dgn cepat utk merebut tempat yg di hadapan sekali..rasa lega kerana Allah memberikan kami kemudahan utk melontar betul2 di hadapan tebing Jamrah yg tersergam besar..rasa kagum dlm hati bagaimana canggihnya facilities jamrah yg telah di upgrade sedemikian rupa..dgr cerita it was done by a Malaysian contractor ....

Selesai batu yg ke tujuh sambil bertakbir AllahuAkbar, kami rasa sgt bersyukur..pengalaman pertama melontar byk mengajar kami tentang kebesaran Allah..dan bagaimana pengalaman Nabi Ibrahim menentang syaitan yg senantiasa hendak menyesatkan manusia...


Suasana dlm khemah di Mina
Hati rasa sgt seronok kerana ibadah ini is a reflection and perumpamaan you membuang segala sifat Firaun, Qarun, Balami /sifat2 mazmumah dlm diri jauh2..supaya diri umpama dilahirkan semula bersih dari segala penyakit2 hati...

Esoknya dan hari seterusnya (3 hari Tasyrik), kami meneruskan ibadah melontar ketiga2 Jamrah sambil memenuhi tuntutan bermalam di Mina...byk kenangan umpamanya bermalam sambil bertukar2 pandangan dan cerita...di sini, datin, datuk ataupun yang berpangkat tidak di kira, semuanya mendapat layanan dan tinggal di tempat yang serupa..hanya takwa dan amalan yang membezakan tempat kita di sisi Allah yang Esa..









Lega -setelah selesai melontar



Kanak2 kecil pengemis di kaki2 jalan



Monday, January 18, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Mekah yg Disayangi Rasulullah)




Selesai melontar & Mabit di Mina, cabaran mengerjakan tawaf & saie pun bermula...what I mean cabaran, perjalanan balik dari Mina ker kota Mekah adalah antara cabaran2 yg memerlukan kesabaran yg tinggi...
Awal2 pagi, kami susah siap bersedia menunggu bas utk membawa jemaah pulang ke Kota Mekah..half of the tent occupants sudah pun pulang due to Nafar Awal...sesetengah jemaah memilih utk tidak menghabiskan 3 mlm di Mina, so selepas 2 kali melontar, mereka akan bertolak balik dgn niat Nafar awal due to unavoidable reasons yg dibolehkan oleh syarak..

Kesabaran semua yg tinggal teruji kerana bas yg ditunggu lambat tiba disebabkan kesesakan lalulintas..semuanya berpusu2 balik ke Mekah & di Saudi, kebanyakan jalan2 biasa akan ditutup oleh polis tanpa notis awal...kebanyakan bus2 driver bukan org tempatan, selalunya org luar yg datang dari Yaman, Syiria, Mesir dll yang bekerja secara kontrak di musim haji..so, you can imagine definitely there are cases where the buses never arrived as they were lost in direction..

Jam 5.30pm, (tunggu dari pagi ni..), baru kami dapat menaiki bas ke Mekah, dan perjalanan balik melalui traffic jem yg sgt ketat..kalah KL jem..and the worst part all of the drivers are reckless driver who drove fast & requested for tips..since it is their norm & utk kemudahan semua, so kami pun memulakan kutipan derma utk upah tambahan driver2 ni bila si fulan tu mula bercerita panjang mengenai kesusahan hidup & gajinya yg kecil...dogaan..
Sampai saja di Mekah around 10.30pm, kami makan kerana makanan tidak disediakan dari tengahari..kami terpaksa berjalan kaki kira2 20min ke hotel kerana bas tidak dapat memasuki kawasan hotel disebabkan kesesakan dan jalan2 yg telah ditutup..selepas makan, kami terus tidur kerana esok harus bangun awal utk solat subuh dan tawaf...
Around 9.00am the nest morning, we straight went to Al-Haram and performed our Hajj tawaf...manusia sgt ramai..seolah2 tidak ada yg mahu balik...
Selesai tawaf, kami mengerjakan saie selepas isya..selesai tahalul, perasaan lega tidak terkata, selesai sudah ibadah haji kami dan selepas ni kami meneruskan usaha mengutip amalan2 sunat...
It is quite good in pur package, cause they brought us for ziarah and at the same time we can take advantage of doing the umrah sunat as we will stop by at Miqat area..
Ziarah 1 - Hudaibiyah



Tempat di mana perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara kaum Muslim & kaum quraisy Mekah..to allow Muslim to enter Mekah in peaceful manner..di sini kita boleh berniat utk mengerjakan umrah as this is one of Miqat place..

Ziarah 2 - Ladang unta






Tempat menarik where we can drink fresh camel milk..diperah terus dari ibu unta ke mulut anda...sedap jugak rasanya..tips, jangan tengok dorang perah..just minum jer without the mental picture of kerja2 perahan...
Ziarah 3- Muzium of the 2 Holy Mosque




We're given only 20 minutes to roam around the museum..budak yg jaga muzium tu comel amat!! tapi it was quite amazing bila dapat tgk original tiang kaabah, telaga zam-zam, pintu kaabah etc..









Ziarah 4- tempat2 bersejarah sekitar Masjidil-Haram




Kami di bawa ke tempat2 bersejarah seperti rumah Nabi dilahirkan, Masjid Kucing, Jabal Qubaisy (gunung pertama dibina di bumi), Rumah Nabi & Siti Khadijah, tempat batu yg menangis etc..
Setakat ini jer lah..nanti sambung cite di Madinah pulak..

Sunday, January 17, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Cabaran Wukuf)

Wukuf adalah kemuncak haji...Mana2 jemaah yang tidak dpt berwukuf, maka tidak sahlah hajinya kerana wukuf adalah Rukun Haji..Makcik2 sebilik acapkali mengingatkan diri supaya sentiasa menjaga kesihatan masing2 sebagai persediaan wukuf di Arafah kerana itulah yang paling utama dari berpenat lelah mengejar ibadah sunat sehingga sakit...

Kami suami isteri sempat mengerjakan umrah sunat 2x sebelum waktu wukuf kerana terdapat program dalam package kami utk ziarah dan umrah sunat sekali..namu kami cuba utk tidak terlalu ghairah kerana nasihat org yg lebih senior ada benarnya...kita perlu mengutamakan yang wajib kerana cabaran mengerjakan umrah & ibadah di waktu sesak/puncak amat melelahkan kami although kami masih muda kerana ribuan manusia saling berebut2 & bertolakan sewaktu tawaf & saie..Kami di bawa ke tempat2 bersejarah seperti Ja'ranah, Jabal Thur (tempat di mana Nabi berlindung diri sewaktu dikejar musuh semasa berhijrah), Arafah, Muzdalifah & Tanaim sebelum menjelangnya hari Wukuf..terdapat 2 orang makcik sebilik yg mengerjakan haji ifrad and I must say memang tabik dgn kesabaran mereka menahan diri dari perbuatan2 pantang larang iharam spt memakai wangian, tidak boleh gugur rambut (i.e. bersikat) etc..


Sewaktu ziarah ke Jabah Rahmah..tips utk kaum wanita: kat sini, bila para suami berdoa, kita jgn main amin jer..takutlah kita aminkan dia tgh berdoa nak pasang cawangan lain..ish bahaya...






Di kaki gunung - Jabal Thur


Tanggal 25/11/09 - perjalanan kami ke Arafah bermula..selepas Subuh, masing2 sudah lengkap berpakain ihram sambil menunggu bas masing2...kami sebilik terpisah kerana name list dlm bas mengikut sistem rawak tapi mengekalkan suami isteri bersama dlm satu bas..setelah menunggu hampir beberapa jam..kami berjaya manaiki bas menuju ke tempat yang di tunggu-tunggu..hati berdebar, mengenangkan bagaimana keadaannya di sana kerana perjalanan kami amat cemas dgn jam dan hiruk pikuk ribuan manusia yg berpusu2 meninggalkan kota Mekah...suasana amat tegang sewaktu di jalan kerana pemandu penat membuat beberapa trip dan suasana stress, dan cuaca hujan menyebabkan orang mudah marah...



Jemaah Andalusia ..menuggu turn menaiki bas ke Arafah




Suasana dlm khemah kaum lelaki


Hujan lebat tu...namun pakcik kat atas ni tetap boley tido..

Sampai di Arafah, kami bergegas ke khemah masing2, Alhamdulillah package kami berada dekat dgn pintu masuk ke Maktab kami 84. Mujur makcik2 sebilik yang pergi lebih awal menyediakan tempat utk kita yang lewat tiba...sampai saja, kami makan setelah solat zuhur.. tidak sampai sejam, hujan mulai turun semula dan kali ini dgn lebatnya..kami yg berada dlm khemah terpaksa berhimpit2 sambil menyelamatkan beg2/barang dari basah..haku yg masih muda, bergegas menyelamatkan barang2 jemaah yg lain sambil cuba menggunakan segala apa yg ada utk melindungi tilam & brg2 lain tapi to no avail sbb hujan amat lebat dan khemah di sana bukannya yg jenis kalis air...air hujan menitik dari tepi khemah dan sesetengah spot di tengah, namun kami rasa seronok kerana hujan membawa rahmat especially di tempat yg penuh barakah...




Air yang bertakung kat dlm khemah..dogaan!!


Hari semakin gelap, dan kami masih bergelap kerana keputusan bekalan letrik di sebabkan hujan lebat..malam tu kami makan & tidur dlm kesejukan, gelap dan dlm basah hujan namun hati rasa penuh kerdil & bersyukur kerana Tuhan masih memberi kami peluang utk sampai ke tempat ini dgn selamat...Walaupun dlm keadaan serba tidak selesa, namun bila mengenangkan Nabi tercinta yang pada zamannya dlm keadaan lebih susah dari apa yg kami alami, semata2 nak menegakkan agama Allah, membuatkan kami rasa redha..


Esoknya, hari kemuncak haji Hari wukuf bermula...tanggal 26/11/09, akan jadi kenangan sampai akhir hayat...pagi setelah sarapan bersama suami..pst (tak sangka gak dia cari kita kat khemah ajak mkn sama2..rindu kot..hhehhe), jemaah haji bersiap sedia utk solat duha & khutbah Arafah...bekalan letrik sudah pulih dan kami dpt mendengar dgn jelas khutbah dan bacaan zikir dari dlm khemah perempuan...I was glad, although dlm keadaan uzur syarie, namun dpt mengikuti zikir, doa dan khutbah dgn terang & jelas...pst..ustaz yg bagi khutbah tu towards the end dah ghoyak kelate pulok..

Selepas zuhur, cabaran utk tidak tertidur sewaktu zikir sementara menunggu waktu wukuf tiba amatlah besar...time tu, ader jugak jemmah yg tewas tertidur sebab waktu lepas zuhur memang mudah mengantuk...masuk sahaja waktu Asar & setelah semua jemaah bersolat, hubby tercinta mula mencari.memanggil kita di khemah...kami berdua mencari tempat @ open space berlantaikan bumi & berbumbungkan langit, dan kami sama2 berdoa....meminta segala apa yang terbuku & terpendam dlm hati...btw, pakwe kita bwk skrip doa tu supaya lancar dlm bermunajat & berdoa pada Allah..

Air mata penyesalan, sebak, gembira, sedih, malu, pilu , syukur bercampur baur sambil kami bermunajat dan berdialog dgn yg Maha Agung pencipa sekalian yg di langit & bumi..pst (was quite suprize jugak bila dgr suami mengaku yg dia memohon keampunan kerana byk menzalimi diri sendiri & ister..hmmm ni mesti byk buat dosa kat kita... Semoga kami jadi pasangan sakinah dunia akhirat...Amin..semuanya yang hadir, tua muda, lelaki baik perempuan menangis di sana sewaktu wukuf tanpa rasa malu @ segan...Ya Allah, besarnya kuasaMu memberi hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki..


Sedang bersiap sedia utk ker Muzdalifah..

Selesai Maghrib, kami mula bertolak utk Mabit di Muzdalifah...hari mula gelap, dlm bas, kami boleh nampak jemaah yg berjalan kaki membawa anak2 kecil di tepi jalan raya dari Arafah...kasihan pada golongan ini kerana keadaan jln raya sgt bahaya tanpa lampu jalan dan kenderaan laju..we feel scared for their safety as there are a lot of buses travelling with high speed..Around 8.30pm, we safely arrived dan mencari tempat..sambil mabit, kami mengutip batu utk melontar esoknya..pengalaman mabit amat mencabar sbb kami duduk beralaskan tikar, di bawah sinaran cahaya bulan dan lampu jalan...tapi seronok kerana bersama dgn ribuan jemaah haji M'sia yg lain...



Suasana di Muzdalifah..


Around 12.30am, selepas tgh malam, kami mula bertolak ke Mina..di mana khemah2 jemaah tersedia sana sini...ribuan jemaah berjalan kaki melalui terowong Muassim sewaktu kami tiba di Mina..I was so amazed..Kami di tempatkan di dlm khemah kalis api namun kerana ramainya jemaah, kami terpaksa bersempit2 dlm satu khemah...namun inilah salah satu cabaran, kerana di sini terletaknya ujian kesabaran & betapa kita redha atau tidak..di sini, tidak kira kaya/miskin, kita semua adalah sama kerana tujuan kita sama keranaNya..sampai saja & setelah membersihkan diri, kami tidur sekejap..utk mengumpul tenaga utk cabaran melontar Jamrah Kubra....
Nanti kita sambung lagi cite di Mina..