Tuesday, January 26, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Jamrah Kubra, Wusta, Sughra)



Mabit di Mina @ Muna (org Arab panggil Muna) adalah salah satu wajib haji..kalau tak buat kena bayar dam..kat sini cabaran utk jadi seorang muslim yang tolerant, sejati teruji..how strong you are in terms of putting others first than youself...especially bab2 ke tandas, bab2 makan, bertolak ansur dlm keadaan sempit di dlm khemah utk 4 malam & berasak2 utk melontar...








Pemandangan dari dlm terowong Muassim

Sampai jer di Mina, dlm 2.30 pagi, kami berehat sementara menunggu utk solat Subuh & melontar Jamrah Kubra..tak sampai 1 jam setelah tiba, tiba2 petugas haji mula memanggil dari khemah ke khemah utk berkumpul beramai2 utk pergi melontar di bawa mutawif bertugas....suasana hiruk pikuk sbb masing2 bergegas nak berkumpul...ring..ring..hubby call dgn suara separuh tidur, bertanya whether nak pergi sekarang ker tak and join the crowd...memandangkan badan yg sgt keletihan dan mata yang baru nak lelap, I told him that we sleep first..lepas Subuh baru kita pergi in a better condition (at least lps mandi & segar skt) tapi without mutawif companion...InsyaAllah, Allah akan beri panduan pada kita..


So, around 8.30am, we all berkumpul and sometime 8.45 am, kami mula bergerak ke terowong Muassim..derap kaki ribuan/jutaan manusia kedengaran..setiap satu kumpulan dgn sepanduk, bendera/banner masing2...rasa seperti nak pergi berperang bila you bergerak bersama kumpulan2 manusia yang besar2 dari seluruh pelusuk dunia...dlm hati, tak henti2 berdoa semoga Allah memudah & menyelamatkan perjalanan kami...



Troops of Indonesian Hajj Pilgrims


Tersergam gah bangunan Jamrah (5 storey building)

Dari jauh you can see jutaan umat manusia berduyun-duyun, menuju ker Jamrah...macam semut...hati rasa cemas bila kami berada dlm terowong kerana ada kumpulan2 yang suka tolak menolak -mungkin mahu cepat sampai..ada juga yg tolerant and memberi jalan namun cuma segelintir..ader kumpulan yang berjalan sambil membawa anak kecil, orang tua dll...hati rasa sebak kadang2 bila memikirkan bagaimana Rasullullah berjalan dlm panas terik merentasi bukit and gunung ganang utk mengerjakan ibadah ini..

Sampai jer ke Jamrah, kami memilih utk ke tingkat satu, masing2 mula menambahkan kelajuan and secara tak langsung kami terpaksa go with the flow...tangan dah mula sedia memegang uncang batu sambil mata tercari tempat utk melontar...manusia mula bertolak/berebut kerana mahu menyudahkan ibadah ini..so, kami memilih utk ke tepi dan assess the situation (ikut pesan kwn2 yg pernah mengerjakan haji)...bila ader kawasan yg clear, kami mula melangkah dgn cepat utk merebut tempat yg di hadapan sekali..rasa lega kerana Allah memberikan kami kemudahan utk melontar betul2 di hadapan tebing Jamrah yg tersergam besar..rasa kagum dlm hati bagaimana canggihnya facilities jamrah yg telah di upgrade sedemikian rupa..dgr cerita it was done by a Malaysian contractor ....

Selesai batu yg ke tujuh sambil bertakbir AllahuAkbar, kami rasa sgt bersyukur..pengalaman pertama melontar byk mengajar kami tentang kebesaran Allah..dan bagaimana pengalaman Nabi Ibrahim menentang syaitan yg senantiasa hendak menyesatkan manusia...


Suasana dlm khemah di Mina
Hati rasa sgt seronok kerana ibadah ini is a reflection and perumpamaan you membuang segala sifat Firaun, Qarun, Balami /sifat2 mazmumah dlm diri jauh2..supaya diri umpama dilahirkan semula bersih dari segala penyakit2 hati...

Esoknya dan hari seterusnya (3 hari Tasyrik), kami meneruskan ibadah melontar ketiga2 Jamrah sambil memenuhi tuntutan bermalam di Mina...byk kenangan umpamanya bermalam sambil bertukar2 pandangan dan cerita...di sini, datin, datuk ataupun yang berpangkat tidak di kira, semuanya mendapat layanan dan tinggal di tempat yang serupa..hanya takwa dan amalan yang membezakan tempat kita di sisi Allah yang Esa..









Lega -setelah selesai melontar



Kanak2 kecil pengemis di kaki2 jalan



Monday, January 18, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Mekah yg Disayangi Rasulullah)




Selesai melontar & Mabit di Mina, cabaran mengerjakan tawaf & saie pun bermula...what I mean cabaran, perjalanan balik dari Mina ker kota Mekah adalah antara cabaran2 yg memerlukan kesabaran yg tinggi...
Awal2 pagi, kami susah siap bersedia menunggu bas utk membawa jemaah pulang ke Kota Mekah..half of the tent occupants sudah pun pulang due to Nafar Awal...sesetengah jemaah memilih utk tidak menghabiskan 3 mlm di Mina, so selepas 2 kali melontar, mereka akan bertolak balik dgn niat Nafar awal due to unavoidable reasons yg dibolehkan oleh syarak..

Kesabaran semua yg tinggal teruji kerana bas yg ditunggu lambat tiba disebabkan kesesakan lalulintas..semuanya berpusu2 balik ke Mekah & di Saudi, kebanyakan jalan2 biasa akan ditutup oleh polis tanpa notis awal...kebanyakan bus2 driver bukan org tempatan, selalunya org luar yg datang dari Yaman, Syiria, Mesir dll yang bekerja secara kontrak di musim haji..so, you can imagine definitely there are cases where the buses never arrived as they were lost in direction..

Jam 5.30pm, (tunggu dari pagi ni..), baru kami dapat menaiki bas ke Mekah, dan perjalanan balik melalui traffic jem yg sgt ketat..kalah KL jem..and the worst part all of the drivers are reckless driver who drove fast & requested for tips..since it is their norm & utk kemudahan semua, so kami pun memulakan kutipan derma utk upah tambahan driver2 ni bila si fulan tu mula bercerita panjang mengenai kesusahan hidup & gajinya yg kecil...dogaan..
Sampai saja di Mekah around 10.30pm, kami makan kerana makanan tidak disediakan dari tengahari..kami terpaksa berjalan kaki kira2 20min ke hotel kerana bas tidak dapat memasuki kawasan hotel disebabkan kesesakan dan jalan2 yg telah ditutup..selepas makan, kami terus tidur kerana esok harus bangun awal utk solat subuh dan tawaf...
Around 9.00am the nest morning, we straight went to Al-Haram and performed our Hajj tawaf...manusia sgt ramai..seolah2 tidak ada yg mahu balik...
Selesai tawaf, kami mengerjakan saie selepas isya..selesai tahalul, perasaan lega tidak terkata, selesai sudah ibadah haji kami dan selepas ni kami meneruskan usaha mengutip amalan2 sunat...
It is quite good in pur package, cause they brought us for ziarah and at the same time we can take advantage of doing the umrah sunat as we will stop by at Miqat area..
Ziarah 1 - Hudaibiyah



Tempat di mana perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara kaum Muslim & kaum quraisy Mekah..to allow Muslim to enter Mekah in peaceful manner..di sini kita boleh berniat utk mengerjakan umrah as this is one of Miqat place..

Ziarah 2 - Ladang unta






Tempat menarik where we can drink fresh camel milk..diperah terus dari ibu unta ke mulut anda...sedap jugak rasanya..tips, jangan tengok dorang perah..just minum jer without the mental picture of kerja2 perahan...
Ziarah 3- Muzium of the 2 Holy Mosque




We're given only 20 minutes to roam around the museum..budak yg jaga muzium tu comel amat!! tapi it was quite amazing bila dapat tgk original tiang kaabah, telaga zam-zam, pintu kaabah etc..









Ziarah 4- tempat2 bersejarah sekitar Masjidil-Haram




Kami di bawa ke tempat2 bersejarah seperti rumah Nabi dilahirkan, Masjid Kucing, Jabal Qubaisy (gunung pertama dibina di bumi), Rumah Nabi & Siti Khadijah, tempat batu yg menangis etc..
Setakat ini jer lah..nanti sambung cite di Madinah pulak..

Sunday, January 17, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Cabaran Wukuf)

Wukuf adalah kemuncak haji...Mana2 jemaah yang tidak dpt berwukuf, maka tidak sahlah hajinya kerana wukuf adalah Rukun Haji..Makcik2 sebilik acapkali mengingatkan diri supaya sentiasa menjaga kesihatan masing2 sebagai persediaan wukuf di Arafah kerana itulah yang paling utama dari berpenat lelah mengejar ibadah sunat sehingga sakit...

Kami suami isteri sempat mengerjakan umrah sunat 2x sebelum waktu wukuf kerana terdapat program dalam package kami utk ziarah dan umrah sunat sekali..namu kami cuba utk tidak terlalu ghairah kerana nasihat org yg lebih senior ada benarnya...kita perlu mengutamakan yang wajib kerana cabaran mengerjakan umrah & ibadah di waktu sesak/puncak amat melelahkan kami although kami masih muda kerana ribuan manusia saling berebut2 & bertolakan sewaktu tawaf & saie..Kami di bawa ke tempat2 bersejarah seperti Ja'ranah, Jabal Thur (tempat di mana Nabi berlindung diri sewaktu dikejar musuh semasa berhijrah), Arafah, Muzdalifah & Tanaim sebelum menjelangnya hari Wukuf..terdapat 2 orang makcik sebilik yg mengerjakan haji ifrad and I must say memang tabik dgn kesabaran mereka menahan diri dari perbuatan2 pantang larang iharam spt memakai wangian, tidak boleh gugur rambut (i.e. bersikat) etc..


Sewaktu ziarah ke Jabah Rahmah..tips utk kaum wanita: kat sini, bila para suami berdoa, kita jgn main amin jer..takutlah kita aminkan dia tgh berdoa nak pasang cawangan lain..ish bahaya...






Di kaki gunung - Jabal Thur


Tanggal 25/11/09 - perjalanan kami ke Arafah bermula..selepas Subuh, masing2 sudah lengkap berpakain ihram sambil menunggu bas masing2...kami sebilik terpisah kerana name list dlm bas mengikut sistem rawak tapi mengekalkan suami isteri bersama dlm satu bas..setelah menunggu hampir beberapa jam..kami berjaya manaiki bas menuju ke tempat yang di tunggu-tunggu..hati berdebar, mengenangkan bagaimana keadaannya di sana kerana perjalanan kami amat cemas dgn jam dan hiruk pikuk ribuan manusia yg berpusu2 meninggalkan kota Mekah...suasana amat tegang sewaktu di jalan kerana pemandu penat membuat beberapa trip dan suasana stress, dan cuaca hujan menyebabkan orang mudah marah...



Jemaah Andalusia ..menuggu turn menaiki bas ke Arafah




Suasana dlm khemah kaum lelaki


Hujan lebat tu...namun pakcik kat atas ni tetap boley tido..

Sampai di Arafah, kami bergegas ke khemah masing2, Alhamdulillah package kami berada dekat dgn pintu masuk ke Maktab kami 84. Mujur makcik2 sebilik yang pergi lebih awal menyediakan tempat utk kita yang lewat tiba...sampai saja, kami makan setelah solat zuhur.. tidak sampai sejam, hujan mulai turun semula dan kali ini dgn lebatnya..kami yg berada dlm khemah terpaksa berhimpit2 sambil menyelamatkan beg2/barang dari basah..haku yg masih muda, bergegas menyelamatkan barang2 jemaah yg lain sambil cuba menggunakan segala apa yg ada utk melindungi tilam & brg2 lain tapi to no avail sbb hujan amat lebat dan khemah di sana bukannya yg jenis kalis air...air hujan menitik dari tepi khemah dan sesetengah spot di tengah, namun kami rasa seronok kerana hujan membawa rahmat especially di tempat yg penuh barakah...




Air yang bertakung kat dlm khemah..dogaan!!


Hari semakin gelap, dan kami masih bergelap kerana keputusan bekalan letrik di sebabkan hujan lebat..malam tu kami makan & tidur dlm kesejukan, gelap dan dlm basah hujan namun hati rasa penuh kerdil & bersyukur kerana Tuhan masih memberi kami peluang utk sampai ke tempat ini dgn selamat...Walaupun dlm keadaan serba tidak selesa, namun bila mengenangkan Nabi tercinta yang pada zamannya dlm keadaan lebih susah dari apa yg kami alami, semata2 nak menegakkan agama Allah, membuatkan kami rasa redha..


Esoknya, hari kemuncak haji Hari wukuf bermula...tanggal 26/11/09, akan jadi kenangan sampai akhir hayat...pagi setelah sarapan bersama suami..pst (tak sangka gak dia cari kita kat khemah ajak mkn sama2..rindu kot..hhehhe), jemaah haji bersiap sedia utk solat duha & khutbah Arafah...bekalan letrik sudah pulih dan kami dpt mendengar dgn jelas khutbah dan bacaan zikir dari dlm khemah perempuan...I was glad, although dlm keadaan uzur syarie, namun dpt mengikuti zikir, doa dan khutbah dgn terang & jelas...pst..ustaz yg bagi khutbah tu towards the end dah ghoyak kelate pulok..

Selepas zuhur, cabaran utk tidak tertidur sewaktu zikir sementara menunggu waktu wukuf tiba amatlah besar...time tu, ader jugak jemmah yg tewas tertidur sebab waktu lepas zuhur memang mudah mengantuk...masuk sahaja waktu Asar & setelah semua jemaah bersolat, hubby tercinta mula mencari.memanggil kita di khemah...kami berdua mencari tempat @ open space berlantaikan bumi & berbumbungkan langit, dan kami sama2 berdoa....meminta segala apa yang terbuku & terpendam dlm hati...btw, pakwe kita bwk skrip doa tu supaya lancar dlm bermunajat & berdoa pada Allah..

Air mata penyesalan, sebak, gembira, sedih, malu, pilu , syukur bercampur baur sambil kami bermunajat dan berdialog dgn yg Maha Agung pencipa sekalian yg di langit & bumi..pst (was quite suprize jugak bila dgr suami mengaku yg dia memohon keampunan kerana byk menzalimi diri sendiri & ister..hmmm ni mesti byk buat dosa kat kita... Semoga kami jadi pasangan sakinah dunia akhirat...Amin..semuanya yang hadir, tua muda, lelaki baik perempuan menangis di sana sewaktu wukuf tanpa rasa malu @ segan...Ya Allah, besarnya kuasaMu memberi hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki..


Sedang bersiap sedia utk ker Muzdalifah..

Selesai Maghrib, kami mula bertolak utk Mabit di Muzdalifah...hari mula gelap, dlm bas, kami boleh nampak jemaah yg berjalan kaki membawa anak2 kecil di tepi jalan raya dari Arafah...kasihan pada golongan ini kerana keadaan jln raya sgt bahaya tanpa lampu jalan dan kenderaan laju..we feel scared for their safety as there are a lot of buses travelling with high speed..Around 8.30pm, we safely arrived dan mencari tempat..sambil mabit, kami mengutip batu utk melontar esoknya..pengalaman mabit amat mencabar sbb kami duduk beralaskan tikar, di bawah sinaran cahaya bulan dan lampu jalan...tapi seronok kerana bersama dgn ribuan jemaah haji M'sia yg lain...



Suasana di Muzdalifah..


Around 12.30am, selepas tgh malam, kami mula bertolak ke Mina..di mana khemah2 jemaah tersedia sana sini...ribuan jemaah berjalan kaki melalui terowong Muassim sewaktu kami tiba di Mina..I was so amazed..Kami di tempatkan di dlm khemah kalis api namun kerana ramainya jemaah, kami terpaksa bersempit2 dlm satu khemah...namun inilah salah satu cabaran, kerana di sini terletaknya ujian kesabaran & betapa kita redha atau tidak..di sini, tidak kira kaya/miskin, kita semua adalah sama kerana tujuan kita sama keranaNya..sampai saja & setelah membersihkan diri, kami tidur sekejap..utk mengumpul tenaga utk cabaran melontar Jamrah Kubra....
Nanti kita sambung lagi cite di Mina..

Thursday, January 14, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Umrah Haji)

Pada hari pertama sampai saja ker Mekah, after berehat & makan buat seketika, dgn wuduk yang baru, kami bertolak ke Masjidil Haram yg penuh barakah kira2 pukul 10.30pm (mlm)...hati berdebar2 sbb inilah kali pertama nak masuk ke masjid yg dimuliakan Allah dan di mana Kaabah yg mulia di tempatkan...di pintu masuk saja, puluhan manusia berbaris & bertolak2..kami berdoa sambil berniat beriktikaf dlm masjid sambil meminta padaNya agar di permudahkan urusan umrah haji kami...

Bila sampai, mata mula melilau mencari Kaabah dan bila terpandang saja kiblat yg selama ini cuma dlm bayangan, hati rasa kagum dan sebak...ribuan manusia berlegar2 di hadapan Kaabah & dlm masjid..setelah menunaikan solat tahiyatul masjid, mutawif bertugas mengetuai rombongan memasang niat utk tawaf dan kaki mula melangkah ke perkarangan kaabah.. With us, was this 'ibu tunggal' yg datang bersama dan ingin menumpang mengikuti kami utk bersama menunaikan ibadah umrah haji..seeing her, reminded me of my own mother who is in the same situation..and I cannot help but thinking macam mana keadaan mama yg datang seorang tanpa suami atau mahram di sisi bertemankan kawan sahaja mengerjakan ibadah haji pd tahun 2000....

Rasa semangat dan kerdilnya kita bila berpusing mengelilingi Kaabah sambil berzikir..hiruk pikuk manusia berbagai bangsa dpt dilihat, masing2 dtg dgn tujuan yg sama mengabdikan diri pd yang Esa..selesai tawaf and solat tawaf, kami sama2 berdoa satu kumpulan dan air mata syukur, sesal tak henti2 mengalir...perasaan bercampur baur..betapa rasa sayunya bila mutawif mengucapkan doa " kami datang dari negeri yang jauh Ya Allah, membawa dosa yg banyak, Ya Allah, Ampunilah kami Ya Allah" sewaktu kami berdoa mengadap Multazam... Masa ni, kami rasa sgt gembira sudah sampai despite all the challenges yg kami di hadapi di perjalanan ke Makkah..It's really worth it!!

Selesai tawaf, kami menuju ke Saie area, dan memulakan saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah..orang masih ramai seolah2 tidak mahu balik ke hotel...dlm pada berzikir sambil berjalan..I can't help but thinking macam mana lah Siti Hajar berlari2 dlm terik mentari padang pasir sambil anaknya Nabi Ismail menangis kehausan dahagakan air..kita umat akhir zaman semuanya dlm kemudahan tempat saie yang berhias cantik lengkap dgn kipas, mar- mar dan di lindungi dari panas matahari..." Mana satu nikmat Tuhan yg hendak Engkau Dustakan"..Ar-Rahman..

Masuk pusingan ke lima dan seterusnya final pusingan ke-7, keletihan kaki dan badan mula menggigit..especially hubby sbb jemaah lelaki tidak boleh berstokin/berkasut @ menutup kaki as part of ihram pantang larang... Namun kuasa Allah, diberinya kami peluang menghabiskan saie dan bertahallul dlm keadaan selamat supaya kami dpt melepaskan diri dari keadaan ihram...since we both did haji tamattuk, maka waktu berihram adalah sekejap compared to jemaah yg melakukan haji ifrad..I have to salute kakak2/makcik2 yg mengerjakan haji ifrad -jihad/pengorbanan mematuhi pantang larang adalah sesuatu yg memerlukan kesabaran yg utuh.. Setelah selesai umrah haji dlm pukul 2 am, kami melangkah balik ke hotel, mandi dan unpacking sedikit sebanyak beg2 yg dibawa..then around 3.30am, melangkah semula ke Masjidil haram utk solat subuh...we were told that musim haji, we had to go early just to get a place inside of the masjid..otherwise we will end up solat kat tepi jalan... Ya Allah, aku bersyukur, kami telah Kau jemput di waktu usia kami masih muda dan bertenaga...

Di bawah antara ni..gambar2 yg di ambil semasa membuat umrah sunat..bukan masa umrah haji kerana situasi yang tidak mengizinkan..





Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia bertumpu ke tempat yang suci dan penuh barakah



Tuesday, January 12, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (KT 80)




Hambamu ini Datang Menyahut PanggilanMu...

Perjalanan pergi ke Jeddah Airport amat mencabar dan kami ditakdirkan menaiki penerbangan KT 80..
Setelah 9 jam menempuh perjalanan dari Kelana Jaya up to take off di KLIA, kami dikejutkan oleh one peculiar announcement dlm flight Saudi airlines...it was a suprised as everyone mostly tertidur due to keletihan..it mentioned that the flight will turn back to KLIA after being in the flight for abt 1hr and that time we almost approach Teluk Benggala..reason stated, ader seorang jemaah dlm keadaan kritikal..this explains the ambulance which travel with our bus from KJ to KLIA just now...we saw a few commotion displayed by the air hostess at the seats far in front of us...ader beberapa doktor di kalangan jemaah oun turut menolong bergilir2 dgn cabin crew membuat CPR sepanjang perjalanan patah balik ke KLIA...tapi pesakit macam dah terkulai...

The worst part, it seemed that none of us were served with either food or water at all since we took off...Due to the condition of where we are turning back, the food had became stale and was unsafe to be served..nasib baiklah akak bawak roti sbg bekalan..that is after much persuasion to hubby to go and buy some food supplies in case of emergency...
Some of the passenger dah start making complaints as most of us lapar dan penat..others have to take some food for their medications..ader yg mundar mandir, and luckily or unluckily cuma ader satu this male stewardess (Malaysian) yang patiently melayan karenah penumpang...yang lain2 (ladies stewardess), asyik ckp "one moment", tapi air yg di minta tak datang2..hangin betul!!

Another announcement came that the pilot will have to drain out the jet fuel in the air in order to make the landing at KLIA...and everybody start to feel cemas and takut although the weather was sunny...
Our mouth and heart tak lepas2 berzikir and berdoa semoga tiada kejadian buruk berlaku..and after 4-5 hrs, we landed at KLIA...the critical patient was removed from the flight and after 1-2 hrs, catering came and load in a new batch of food supply, refuelling and masa tu kami memang buat cam rumah sendiri..nak air pergi amik sendiri kat pantry dia..Finally, around 1 something, barulah kami di beri kebenaran utk terbang semula ke Jeddah,....what a day!!

Org kata pergi ke Mekah penuh dgn cabaran, and for us the challenges just started..Bayangkan we are delayed by 9 hrs plus together with 80 ribu gelen of jet fuel yang dibazirkan utk berpatah balik ke KLIA...

After 8 hrs, we finally arrived at Jeddah airport slps memasang niat ihram di miqat di atas flight at around 4.30pm something..



Dlm bus menuju ker terminal





Pemandangan Jeddah Airport Terminal
Another chapter of challenges begin with the immigrations there...we went through strict checks and a couple of check points (rasanya lebih dari 10 kot)..each stop check passport, visa etc..etc..tak tahulah Pak Arab ni berapa byk kali kena check daa...
The worst part is bila hubby & other para jemaah lelaki muda kena scrutinized sampai 10 jari prints kena scan..dah terang2 passport Malaysia tu, boleh tanya lagi Malaysia, Indonesia, Java...kalau tak dek kerana mengenangkan dlm keadaaan berihram, sure Pak Arab tu dah makan penyepak kot??!!
Akak pulak dah letih tunggu kat carousel amik beg siap susun beg2 besar tu atas trolley, pun hubby tak lepas2 lagi kat immigration check point...ish manalah mamat ni tak lepas2 lagi nih..finally setelah habis, we move to a resting area while waiting for Maghrib prayer...



Muka2 letih dah tak larat..


Sempat lagi check kalu ader makanan lapik perut..lapar beb..



Beg2 yang akan dipunggah ke bas2


Slps solat, kami mula bergerak actually beratur utk menaiki bas..after the long awaited arrangement, kami dapat menaiki bas yang disediakan oleh pihak muassasah and alhamdulillah di beri packed food atas bus..masing2 apa lagi makan walaupun terlalu keletihan...then bus journey took another 1 hr plus to kota al-haram Mekah sambil kami bertahmid...semangat mula berkobar2 nak masuk ke tanah haram despite badan yang sgt letih...halfway through, kebanyakan jemaah mula tertidur..laungan tahmid Labaikkallah semakin perlahan...slowly we enter to a check point..di sana air zam2 dan sedikit kuih muih di edarkan kepada kami di dalam bas..badan yang dah lenguh sana sini mula menunjukkan protes..nak stretch up pun tempat di dlm bas agak sempit..so buntut pun dah terasa kematu dan kebas...tak lama signboard Haram starts here mula kelihatan...pst tak sompek nak amik gambar..dah letih and some part tertido...dan perlahan kami mengeluarkan buku panduan membaca doa memasuki tanah haram sambil mengucapkan rasa syukur...
Mata kami mula melilau kepada pemandangan rumah2 dan kedai2 dlm kota haram...sambil itu mula mencari menara masjid yang paling mulia di bumi Masjidil Haram...lebih kurang 40 min, kami sampai ke pusat kota Makkah, dan melihat berduyun2 para jemaah haji yang sedang berjalan2 atau bershopping di kedai2 sekitarnya...ader yg mengangkut tilam, beg, cerek dan segala bangsa dapat dilihat..Ust Daud Che Ngah (ketua rombongan haji Andalusia) naik ke bas dan menyambut kedatangan kami di sana..setiap seorang diberikan tasbih yg akan menjadi kwn baik kami selama di tanah suci...



Pemandangan waktu malam hari pertama di tanah haram Mekah Al-Mukarramah
Alhamdulillah Maha Suci Allah!!

Thursday, January 7, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Prelude)

Dah bersawang agaknya blog ni tak update..mana taknya jadi ibu berkerjaya ni masa sgt limited utk aktiviti2 tambahan...di tambah dgn kehadiran budak2 dua orang yg tak habis2 bertanya dan bergerak..

pejam celik, dah masuk tahun 2010..Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan umur utk melihat mentari di tahun baru..Sewaktu 1 muharram, kami suami isteri menyambutnya di tanah yang penuh Barakah, Madinah al-Munawwarah..tak dapat digambarkan betapa bersyukurnya kami setelah selamat mengerjakan rukun haji yang ke lima di waktu kami masih muda dan bertenaga..


Jemputan dari Allah datang tanpa di sangka..sms dari Mom mengatakan surat tawaran dari Tabung Haji sometime end May membuka lembaran perjalanan kami ke tanah suci ...mula2 tu rasa berbelah bahagi coz anak2 masih kecil, namun semangat dan nasihat yg diberikan oleh orang tua memberi kami keyakinan utk meneruskan misi penyucian jiwa di tanah suci..mujur boss tempat kerja memberikan sokongan meluluskan cuti (pst terpaksa amik cuti advance + cuti tanpa gaji dll ..cian kat akak..takpelah demi Allah)..

Ni gambar2 kenduri doa selamat yg diadakan di rumah mertua..FIL and MIL yang berbesar hati organize kenduri ni..alhamdulillah!! It was held on 11 Nov 09

Tetamu2 yang hadir... Sate yang sodap rasanya...



Lauk pauk siap terhidang..

Tiga sepupu yang selalu buat bising
Abg2 pekerja pasang khemah

Tanggal 15 Nov 09, kami bertolak ke Kelana Jaya, sesampai di sana suasana hiruk pikuk dgn jemaah haji bersama keluarga tersayang masing2..beg2 besar bersusun sana sini menandakan saat nak ke tanah suci hampir tiba..


Around almost 2am, kami dipanggil masuk ke pusat melapor diri setelah mendaftar di luar kaunter pendaftaran package masing2..we both decided pergi melalui package swasta Andalusia as they rate is quite affodable and the hotel location is near to the 2 holy mosques...dlm tu, kami menunggu sehingga around 4.30am and the session was filled with check-ins, check-points and taklimat dan sedikit refreshment..and all of the jemaah berangkat naik ke bas masing..seronoknya all of the bus and our journey was ushered by police traffic..terasa cam VVIP lak because tak pernah ader pengalaman perjalanan di kawal oleh pak trafik ni, siap block jalan for our buses..

Sampai ke KLIA, kami mendirikan solat subuh berjamaah dan another round of check-ins kat sana..but I noticed ader satu ambulance berjalan mengikuti bas kami...around 7.30am, flight KT 80 (our plane) pun berlepas dari KLIA menuju Jeddah Airport, KSA...

Antara beg2 yang dibawa..


Suasana kat Kelana Jaya

Suasana syahdu..lara hati seorang bapa yang akan meninggalkan puterinya..sob..sob

Ini budak apa2 pun cukup time mesti tido..tak kisah hal org lain..






Gambar ramai2 di depan rumah selepas azan sebelum bertolak...




hmm, ader cite menarik di atas flight..nanti kita sambung lagi log ni...