Wednesday, September 30, 2009

Mari Beraya!!



Gambar kanak2 ribena

Raya memang seronok..Raya memang Penat!!
Apa taknya, from 11 am to 11 pm, beraya dari rumah ker rumah..hamik kau! sampai tergolek2 di buatnya..nak buat cam ner, time ni jer lah yang senang sikit nak menziarah sanak saudara + rakan taulan..kalau tak raya, semuanya sibuk bekerja dan bersekolah...



This routine is a must for every family I guess..and since am married, we have double set of journeys that we need to serve to cater for both families...huish, penat beb..kesian kat my 2 twinkles, sampai demam di buatnya (fatique)..










Those Interesting and Odd Moments!!
I got to see/meet those faces yg lama dah tak jumpa..for example I got to meet my cousins (sepupu sepapat), high school friend yang dlm 15 tahun tak jumpa..she.......and.........
I got to meet my old *shh*..mula2 tu rasa pelik lak sebab kita jumpa muka and we were both with our respective loved ones, and the **ztt** part is when my beloved hubby boleh borak2 lagi dgn dia...

tapi akak ni memang seorang yang cool and those are all old stories yang masa zaman budak2 mentah lagi, so tak de lah apa2....ish my dearest hubby, jangan risau ye "Only You" and You are the One I Love!!

The Food!!




Raya dan makanan mmg takleh dipisahkan..sometimes I wonder how amazing is our stomach..bayangkan organ kita ni boleh menghadam berapa byk makanan yang pelbagai..kesian kat dia..dah kalau each hse ader those lovely food and dishes yg tak leh akak nak tolak dan those cendol and cakes and tidbits..Ya Allah, Dogaan!!







Haikal dgn makwe baru..suka betul dgn kakak ni..asyik nak berkepit jer..kecik2 lagi dah jadi kasanova!

The Finale!!

Kalau dah letih berjalan dan perut pun dah penuh, apa kesudahannya?




ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Friday, September 25, 2009

Demo Memasak bersama Chef Along

Cuti raya hari tu mmg byk kenangan manis...so tgk dari subject di atas, dah mmg boleh agak ni tentang masak memasak..actually recently aku ni kagum betul dgn kakak aku sorang ni..tak sangka dlm rilek2 camtu dia ni ader bakat memasak kuih..pulak tu kuih tradisional melayu...heheh, mcm makcik ni takder lah..malas betul nak try2 msk kuih..dok try asyik tak jadi..last2 hamik kau, beli jer lah senang...

so hari tu mood chef kita ni rajin lak, dia punyalah beria lepas balik pasar, siap2 kan bahan...dlm petang skt, kol 3pm, dia dah start pot pet kat dapur mom nak start masak kuih ni..aku tgh dok terkial2 pasang langsir ala2 cinderella kat ruang tamu..huish, sakit pinggang akak nooo..

dlm pada tu, aku dok tengok2 camner dia buat..brg2 kelengkapan kuih dia lengkap beb..siap dgn acuan kuih tu sekali, measuring jar, measuring spoon..jaki jer aku tengok!!

So, sambil dia buat kuih tu, aku pun snap 2-3 gambar..fuyoo, mmg terrer tol makcik ni buat kuih chara..skilled betul!! hehehheh, tak leh puji lebih2 nanti dia baca entry ni kembang semangkok!
hasilnya, tgk jer lah kat sini...tercapai kempunan hari tu nak makan kuih ni homemade..nampaknya kalau jadi lah plan kami sekeluarga for next year, terpaksalah aku beli brg2 kelengkapan ni..in case kot teringin lak nak rasa kuih ni nanti in the future..




Nyum..Nyum..

Wednesday, September 23, 2009

Eidul Fitri

Tahun ni genap kami beraya bagi tahun yang kelima sbg keluarga..dari seorang, berdua now kami berempat...anak 2 semakin membesar dan semakin bijak menyoal sana sini...so kami suami isteri terpaksa keep up or even become more proficient sblm lebih byk soalan2 mencabar keluar dai mulut petah my two twinkles...

Raya kali ni seronok sebab dapat cuti lama...sempat berpuasa bersama 2-2 keluarga dan beraya..tahun ni, me and hubby cuba plan baik2 supaya kedua-dua keluarga dan orang tua tak kecil hati..tapi penat gak sbb kena commute a few times...di tambah bibik ku cuti pulak..so suma kena buat sendiri...huhhhuuuuu

Rasa sangat bermakna bila dpt berkumpul dan merapatkan hubungan silaturrahim...bagi kami yang tinggal jauh..dapatlah catch up cerita2 yag kdg2 dah basi tapi sbb baru tahu...hehhehhee..dalam berziarah dan berjumpa sesama keluarga, saudara dan taulan, sesekali terlintas di fikirang, masih ader jugak beberapa element yg masih tak berubah..masih ada juga di takuk lama, langsung tiada perubahan...benarlah FirmanNya, hidayah yang Tuhan beri hanya pada sesiapa yang Dia kehendaki..kita sbg hambaNya, hanya boleh mengharap dah meminta semoga termasuk dlm golongan orang2 yang bertakwa..
Salam AidilFitri 1432 Hijrah.semoga jadi manusia yang lebih baik dan tawadduk dlm menuju kecemerlangan dunia akhirat..
Raya

pst: gambar raya sebelah mom tak sempat shot..coz kitorang balik raya ke-empat...


3 generation of Sanusi Family


Tuesday, September 22, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan...

Sayu hati rasanya tatkala mendengar pengumuman raya mlm tu..tanda penghujung ramadhan mubarak yang sgt aku suka...tah kenapa semenjak dewasa, Ramadhan bulan yang sgt di tunggu-tunggu..waktu terasa bergerak sgt pantas, tapi bulan barakah ini sentiasa membawa kedamaian dlm hati, kerja pun terasa lebih produktif...betullah kata Nabi, perut yang penuh mengundang rasa malas...disebabkan itu, puasa adalah satu ibadah yg terbaik untuk menahan diri...





Tatkala orang lain bergumbira nak menyambut raya esoknya, aku rasa sgt sedih kerana ramadhan dah pergi meninggalkan kita semua..entah ader umur atau tidak utk kita berjumpa lagi tahun depan...InsyaAllah semuga Allah panjangkan umur org yg beriman dan semoga amalan puasa kita diterimaNya...

Sunday, September 20, 2009

Balik Kampung!!






Kami ni mmg kemaruk dah lama tak balik kampung, so since last year dah decided dgn hubby nak amik cuti panjang raya ni..masa ni bab pergi haji belum tahu lagi so plan mmg nak cuti sakan sbb leave carried forward from last year banyak...so awal2 hujung tahun last year dah dok book ticket utk raya tahun ni..and because of Air Asia policy, takleh nak tukar2 sbb kena bayor lagi...so teruskan ajerlah...cuti nak pi haji terpaksalah amik unpaid leave..isk..isk..


So, 11th Sep yg lepas dok sibuk dah naik flight balik awal..hhehe, bukan naik keretapi cam gambo atas ni, aper kelas..kita naik aeroplanelah (bak kata my 2 twinkles)..kol 12 lebih dan sampai dah LCCT...petang tu, tup tup dah sakan round bazaar Ramadhan kat Sg Buloh..this raya, it's my hubby's turn beraya rumah mak pak dia...member mmg gila pulun lah dok membeli air + makanan yg takleh jumpa kat miri, sampai kita terpaksa tarbiah kata "esok masih ada"..kalau tak abis suma makanan nak beli, tak ker membazir coz bukannya boleh makan..

Satu fenomena biasa kalau balik KL ialah 'jem'..mmg tahap gaban jem ketat..my hubby mulalah pot pet pot pet dlm keta..dia ni mmg jenis tak tahan jem..nasib baik keje kat miri, kalau kat KL, mahu hari2 nangis..tgk jer lah gambo kat bwh ni..sempat shot masa gi Jln TAR..




Waktu berbuka sama family mmg best especially for us yg jarang2 sekali dpt bersama keluarga dan adik beradik...at my mom's hse pulak lepas berbuka ader pulak adik ipar yg menyambut hari lahir..dah 25 tahun dah member tu..so, hari tu mmg special beb..mom buat nasi ayam TBG 134..huish, memang menjilat jari!! tak percaya anakku (Khadija) yang suka mkn ayam tu dah merasmikan nasi ayam mama..mmg tak posa betul budak ni..awal2 lagi dia dah erk! tanda kenyanglah tu..








Ni lah birthday girl (dah jadik mak orang pun)


My 2 twinkles yang over! (org lain punya birthday, dorang pun sama nak potong kek)



Muka2 baru lepas berbuka..

On Vacation..Will be Back!!

Memang tengah vacation, taking a long long break from work and Miri..at the time this note was written, suma orang sudah terbongkang tido except for me...begitu banyak entry yang nak update tapi maleh betul nak load gambar dari camera..nantilah..tunggu mood and kerajinan datang, baru best nak cite pasal puasa, raya dan mcm2 lagi...

tunggguuuuuuuu!!!!