Thursday, February 4, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Madinah yg Aman & Tenteram)






Masjid Nabawi


Telah tiba utk kami meneruskan perjalanan..so, on the 14/12/09, we board a bus to Medina utk ziarah..hati bercampur baur sedih kerana terpaksa meninggalkan kaabah yg suci namun gembira kerana dpt ke tempat bersemadinya Rasullullah..







Perjalanan ke Madinah mengambil masa dlm 9 jam..kami memulakan perjalanan ker negeri tempat Rasullullah dimuliakan selepas selesai melakukan tawaf wida di Al-haram..suasana sayu & sebak menyelubungi hati tatkala meninggalkan Baitullah..selama lebih kurang 35 hari di Makkah, hati telah melekat kerana tiap waktu solat & setiap kali melakukan tawaf, Kaabah tersergam di depan mata...aura yg terpancar masuk terus ke dlm jiwa dan minda akan kebesaran Tuhan yg Maha Agung..kiblat umat Islam ini tidak jemu di pandang..tatkala doa wida di baca, air mata tak henti2 mengalir kerana mengenangkan entah ada umur/rezeki utk datang ke tempat yg mulia ini..






Around 5.30pm, kami sudah masuk ke kota Madinah..sebuah kota yg cukup berbeza jika dibandingkan dgn Mekah..di sini keadaannya lebih aman & tenteram, tanpa hiruk pikuk hon dari kereta dan keadaan jalan yg lebih bersih..Kami sampai di hotel ketika azan Maghrib mula berkumandang dari Masjid Nabawi...MasyaAllah, indah nya Masjid nabi..hati rasa tidak sabar utk menjejakkan kaki ke sana..setelah selesai check-in, kami hanya sempat solat Maghrib di perkarangan masjid kerana penuh dgn ribuan jemaah..selesai solat, kami sujud syukur kerana Allah telah mengizinkan kami sampai dgn selamat..hotel kami (Golden Ansar) terletak betul2 bersebelahan dgn pagar masjid dan dari tempat makan di tingkat satu, kami dpt lihat dgn jelas pemandangan masjid yg tersergam indah..sayup mata memandang kubah hijau tempat Rasullullah di makamkan..



Aktiviti kami selama 8 hari di Madinah byk dihabiskan dgn beriktikaf di dlm masjid, menziarahi makam Rasullullah & sahabat serta ziarah Raudhah & tempat2 bersejarah sekitar Madinah spt Jabal Uhud, Ladang Kurma, Perkuburan Baqi, Kilang Quran, Medan Magnet etc...
Cuaca sgt sejuk di sana around 11-15 deg C..pergi solat Zuhur pun masing2 pakai sweater..di tambah dgn keadaan hujan sekejap2..waktu pagi utk Solat Subuh paling mencabar kerana cuaca yg sgt sejuk, angin sejuk bertiup sampai ke tulang hitam..namun di Madinah lebih tenang dan damai di sebabkan situasinya yg lebih aman..polis2 agama kat masjid pun lebih ramah dan kurang garangnya..Wish InsyaAllah, we can come here again in the future...


Di hadapan hotel Golden Ansar










Pintu2 masuk bersalut emas




Gaya, Mutu, Keunggulan..Haji2 bergaya sakan..


Di Bukit Kasih Sayang...




Medan Magnet



Jabal Uhud -tempat Rasullullah berlindung sewaktu cedera dlm Perang Uhud



Tanah Ubat





Masjid Qiblatain




Perkuburan Saidina Hamzah & para Syuhada Uhud - pemandangan dari Bukit Pemanah




Bukit Pemanah



Medan Perang Uhud



Ladang Kurma




Supermarket kat dlm ladang



Masjid Quba




Bergambar pada hari terakhir sebelum berangkat ke airport

1 comment:

Hazey said...

comelnya gambar kat bukit kasih sayang tu.... :)