Sunday, January 17, 2010

My Personal Travel Log Haji 1430 H - Penyucian Jiwa di Tanah Suci (Cabaran Wukuf)

Wukuf adalah kemuncak haji...Mana2 jemaah yang tidak dpt berwukuf, maka tidak sahlah hajinya kerana wukuf adalah Rukun Haji..Makcik2 sebilik acapkali mengingatkan diri supaya sentiasa menjaga kesihatan masing2 sebagai persediaan wukuf di Arafah kerana itulah yang paling utama dari berpenat lelah mengejar ibadah sunat sehingga sakit...

Kami suami isteri sempat mengerjakan umrah sunat 2x sebelum waktu wukuf kerana terdapat program dalam package kami utk ziarah dan umrah sunat sekali..namu kami cuba utk tidak terlalu ghairah kerana nasihat org yg lebih senior ada benarnya...kita perlu mengutamakan yang wajib kerana cabaran mengerjakan umrah & ibadah di waktu sesak/puncak amat melelahkan kami although kami masih muda kerana ribuan manusia saling berebut2 & bertolakan sewaktu tawaf & saie..Kami di bawa ke tempat2 bersejarah seperti Ja'ranah, Jabal Thur (tempat di mana Nabi berlindung diri sewaktu dikejar musuh semasa berhijrah), Arafah, Muzdalifah & Tanaim sebelum menjelangnya hari Wukuf..terdapat 2 orang makcik sebilik yg mengerjakan haji ifrad and I must say memang tabik dgn kesabaran mereka menahan diri dari perbuatan2 pantang larang iharam spt memakai wangian, tidak boleh gugur rambut (i.e. bersikat) etc..


Sewaktu ziarah ke Jabah Rahmah..tips utk kaum wanita: kat sini, bila para suami berdoa, kita jgn main amin jer..takutlah kita aminkan dia tgh berdoa nak pasang cawangan lain..ish bahaya...






Di kaki gunung - Jabal Thur


Tanggal 25/11/09 - perjalanan kami ke Arafah bermula..selepas Subuh, masing2 sudah lengkap berpakain ihram sambil menunggu bas masing2...kami sebilik terpisah kerana name list dlm bas mengikut sistem rawak tapi mengekalkan suami isteri bersama dlm satu bas..setelah menunggu hampir beberapa jam..kami berjaya manaiki bas menuju ke tempat yang di tunggu-tunggu..hati berdebar, mengenangkan bagaimana keadaannya di sana kerana perjalanan kami amat cemas dgn jam dan hiruk pikuk ribuan manusia yg berpusu2 meninggalkan kota Mekah...suasana amat tegang sewaktu di jalan kerana pemandu penat membuat beberapa trip dan suasana stress, dan cuaca hujan menyebabkan orang mudah marah...



Jemaah Andalusia ..menuggu turn menaiki bas ke Arafah




Suasana dlm khemah kaum lelaki


Hujan lebat tu...namun pakcik kat atas ni tetap boley tido..

Sampai di Arafah, kami bergegas ke khemah masing2, Alhamdulillah package kami berada dekat dgn pintu masuk ke Maktab kami 84. Mujur makcik2 sebilik yang pergi lebih awal menyediakan tempat utk kita yang lewat tiba...sampai saja, kami makan setelah solat zuhur.. tidak sampai sejam, hujan mulai turun semula dan kali ini dgn lebatnya..kami yg berada dlm khemah terpaksa berhimpit2 sambil menyelamatkan beg2/barang dari basah..haku yg masih muda, bergegas menyelamatkan barang2 jemaah yg lain sambil cuba menggunakan segala apa yg ada utk melindungi tilam & brg2 lain tapi to no avail sbb hujan amat lebat dan khemah di sana bukannya yg jenis kalis air...air hujan menitik dari tepi khemah dan sesetengah spot di tengah, namun kami rasa seronok kerana hujan membawa rahmat especially di tempat yg penuh barakah...




Air yang bertakung kat dlm khemah..dogaan!!


Hari semakin gelap, dan kami masih bergelap kerana keputusan bekalan letrik di sebabkan hujan lebat..malam tu kami makan & tidur dlm kesejukan, gelap dan dlm basah hujan namun hati rasa penuh kerdil & bersyukur kerana Tuhan masih memberi kami peluang utk sampai ke tempat ini dgn selamat...Walaupun dlm keadaan serba tidak selesa, namun bila mengenangkan Nabi tercinta yang pada zamannya dlm keadaan lebih susah dari apa yg kami alami, semata2 nak menegakkan agama Allah, membuatkan kami rasa redha..


Esoknya, hari kemuncak haji Hari wukuf bermula...tanggal 26/11/09, akan jadi kenangan sampai akhir hayat...pagi setelah sarapan bersama suami..pst (tak sangka gak dia cari kita kat khemah ajak mkn sama2..rindu kot..hhehhe), jemaah haji bersiap sedia utk solat duha & khutbah Arafah...bekalan letrik sudah pulih dan kami dpt mendengar dgn jelas khutbah dan bacaan zikir dari dlm khemah perempuan...I was glad, although dlm keadaan uzur syarie, namun dpt mengikuti zikir, doa dan khutbah dgn terang & jelas...pst..ustaz yg bagi khutbah tu towards the end dah ghoyak kelate pulok..

Selepas zuhur, cabaran utk tidak tertidur sewaktu zikir sementara menunggu waktu wukuf tiba amatlah besar...time tu, ader jugak jemmah yg tewas tertidur sebab waktu lepas zuhur memang mudah mengantuk...masuk sahaja waktu Asar & setelah semua jemaah bersolat, hubby tercinta mula mencari.memanggil kita di khemah...kami berdua mencari tempat @ open space berlantaikan bumi & berbumbungkan langit, dan kami sama2 berdoa....meminta segala apa yang terbuku & terpendam dlm hati...btw, pakwe kita bwk skrip doa tu supaya lancar dlm bermunajat & berdoa pada Allah..

Air mata penyesalan, sebak, gembira, sedih, malu, pilu , syukur bercampur baur sambil kami bermunajat dan berdialog dgn yg Maha Agung pencipa sekalian yg di langit & bumi..pst (was quite suprize jugak bila dgr suami mengaku yg dia memohon keampunan kerana byk menzalimi diri sendiri & ister..hmmm ni mesti byk buat dosa kat kita... Semoga kami jadi pasangan sakinah dunia akhirat...Amin..semuanya yang hadir, tua muda, lelaki baik perempuan menangis di sana sewaktu wukuf tanpa rasa malu @ segan...Ya Allah, besarnya kuasaMu memberi hidayah kepada sesiapa yg Engkau kehendaki..


Sedang bersiap sedia utk ker Muzdalifah..

Selesai Maghrib, kami mula bertolak utk Mabit di Muzdalifah...hari mula gelap, dlm bas, kami boleh nampak jemaah yg berjalan kaki membawa anak2 kecil di tepi jalan raya dari Arafah...kasihan pada golongan ini kerana keadaan jln raya sgt bahaya tanpa lampu jalan dan kenderaan laju..we feel scared for their safety as there are a lot of buses travelling with high speed..Around 8.30pm, we safely arrived dan mencari tempat..sambil mabit, kami mengutip batu utk melontar esoknya..pengalaman mabit amat mencabar sbb kami duduk beralaskan tikar, di bawah sinaran cahaya bulan dan lampu jalan...tapi seronok kerana bersama dgn ribuan jemaah haji M'sia yg lain...



Suasana di Muzdalifah..


Around 12.30am, selepas tgh malam, kami mula bertolak ke Mina..di mana khemah2 jemaah tersedia sana sini...ribuan jemaah berjalan kaki melalui terowong Muassim sewaktu kami tiba di Mina..I was so amazed..Kami di tempatkan di dlm khemah kalis api namun kerana ramainya jemaah, kami terpaksa bersempit2 dlm satu khemah...namun inilah salah satu cabaran, kerana di sini terletaknya ujian kesabaran & betapa kita redha atau tidak..di sini, tidak kira kaya/miskin, kita semua adalah sama kerana tujuan kita sama keranaNya..sampai saja & setelah membersihkan diri, kami tidur sekejap..utk mengumpul tenaga utk cabaran melontar Jamrah Kubra....
Nanti kita sambung lagi cite di Mina..

No comments: